Tuesday, December 16, 2008

Memorable Langkawi




Langkawi- "Lang" bermaksud kata pendek bagi helang manakala "kawi" bermaksud merah dalam bahasa jawa. Helang merah simbolik kepada langkawi. Beratus-ratus ekor helang di jamu dengan cebisan-cebisan kulit ayam. Kawan2 boleh lihat helang di kawasan diberi nama Tanjung Rhu. Di sana kawan2 boleh lihat ratusan helang berterbangan di udara. Cantik sungguh burung helang disana. Seperti dijaga macam kucing peliharaan di rumah kita.
Tidak lupa juga menaiki kereta kabel di gunung machinchang. Diberi nama sempena rupa bentuk gunung tersebut yg seakan-akan rupa wajah seorang lelaki. Rasa gayat juga menaiki kereta kabel nih. xsama seperti menaiki kereta kabel di Genting Highland. Walaupun xsama panjang dengan di Genting tetapi perasaan takut dan gayat memang ada. Terdapat juga jambatan gantung di antara gunung di Langkawi. Perlu berhati-hati setiap masa di jambatan gantung. Kawan2 boleh lihat jambatan gantung pada gambar di atas. Bagi yg memakai hills tuh hati-hati ya. Ramai gak yang tersangkut kat jambatan sebab pakai hills..huhu, bahaya nyer.
Lastly, coklat2 kat sini memang murah. Almost hundred habis membeli coklat. Kawan2 jom kita plan ramai2 ke langkawi. Memang sekali pergi, rasa nak pergi lagi...Moh kita..

Thursday, December 11, 2008

Aidiladha 2009



Hari Raya Haji/Korban dah pun berlalu. Gambar di atas tuh just gambar hiasan sebagai simbolik hari raya korban nih. Tidak sah kalau tiada lembu utk dikorbankan pada hari raya korban ni. Apa sebenarnya dimaksudkan dengan hari raya korban nih? Takkan korban lembu je kan. Kalau ada di antara kawan2 ku yg membaca blog nih, share2 lah pendapat anda eh. x salah kalau kita berkongsi ilmu. Banyak manfaatnye.


Cuti yang panjang nih aku cuma habiskan masa di rumah di samping keluarga. Kadang2 tu terasa gak bosan. Macam-macam perkara dilakukan utk menghiburkan diri. Budak 2 org di atas tuh is my niece and nephew. 2-2 garang. Ikut perangai sape la derang nih. Hihu.... Muka jer garang. Jarang senyum. Maybe time mak derang pregnant, muka masam jer. Penuh masalah. Main agak jer aku nih..
Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya aidiladha. Minta maaf zahir dan batin. xsemestinya aidilfitri jer kita minta maaf kan.. jumpa lagi di lain masa....da~~